Wednesday, December 23, 2009

jom pakat kita makan banyak-banyak

alkisahnya, imam syafie pada suatu hari pergi ke kenduri kendara bersama imam ahmad.maka pada setiap majlis yang mereka hadiri tu dihidangkan makanan yang lazat-lazat dan menyelerakan.tetapi imam syafie hanya makan sedikit sahaja dan imam ahmad menyedari perbuatan imam syafie tersebut.


maka pada ketika yang lain,imam ahmad menjemput imam syafie datang kerumahnya untuk menjamah selera.imam ahmad pun menyediakan makanan yang enak lalu menjemput imam syafie untuk makan.


untuk kejutan imam ahmad,imam syafie makan dengan begitu banyak sekali.sehingga bertambah-tambah,tidak seperti yang dilakukan kebiasaannya oleh imam syafie.


lalu imam ahmad bertanya mengenai hal tersebut.

jawab imam syafie, 'aku hanya makan sedikit di majlis majlis tersebut kerana aku tidak pasti akan halal haram harta tuan majlis dan makanan tersebut.tetapi untuk engkau,aku amat yakin ianya berpunca dari sumber yang halal dan bersih,oleh itu aku hendak memenuhkan seluruh tubuhku dari sumber harta yang halal'.



1.diceritakan oleh pak syeikh arab,amek masters bidang tafsir di uni yarmuk.
2.okeh dah boleh sambung menulis untuk PSL

Saturday, December 12, 2009

Director's Pick ; Preview PSL

BACKGROUND ; Setelah kebanyakan pemain PSL bercuti ke Turki,Malaysia,Kepulauan Bahamas dan mengerjakan Haji,minggu ini kita disajikan dengan pertembungan Real Benchwarmer FCdan Warung Din Selamat FC.Warung Din masih perfect dengan 2 perlawanan,2 kemenangan manakala Wassiek dan kawan-kawan sedang berkobar-kobar dengan kehadiran En. Hasmat yang membantu mereka menang dalam perlawanan yang lepas.

RB
; Selepas kemenangan besar perlawanan sebelum ini,ternyata RB tidak patut diketepikan sebagai calon juara PSL.Dengan En Hasmat yang bertindak sebagai DM,Wassiek dan Tadin mampu menyerang dengan senang hati.Tetapi peminat RB masih meragui keberkesanan pasangan pertahanan Zhafri-Muiz yang kelihatan agak longgar...........more at permai super league.

Tuesday, December 1, 2009

Brick By Boring Brick

If it's not real
You can't hold it in your hand
You can't feel it with your heart
And I won't believe it
But if it's true
You can see it with your eyes
Oh even in the dark
And that's where I want to be


Tuesday, November 17, 2009

aku dan cristiano ronaldo

selepas solat isya' tadi aku pergi ke al-ghazawi.nak beli barang2 keperluan rumah.dengan bekalan 20jd untuk habis november (saving mode) erat aku genggam dalam tapak tangan.


so,the very first thing aku capai dalam supermarket adalah indomee 2 paket.satu perisa ayam spesel dan ayam kaldu (eventho i still dont know what kaldu suppose to mean,after 5 years).cukup kot untuk survive 1 minggu.plus minus.



kemudian aku pergi section rambut.gel rambut dah nak habis.gel cap ayam mmg aku xbagi 2nd thought.aku bab accessories ni kene mahal2 sikit.biar makan megi,jangan gel cap ayam.tu prinsip aku kejap betul2 dalam dada.


kemudian setelah amek gel paling mahal yang mampu dijual oleh ghazawi,baru aku teringat deodorant dah nak habis.so sebelum habis baik topap,ye tak.


ada macam2 jenis deodorant yang ditawarkan.aku carik yang paling mahal.hmm,dilemma.sebab ade cap nivea,yang c.ronaldo buat iklan tu.


aku dengan c.ronaldo mmg tak ngam.dari dulu.die tadika lain,aku tadika ISLAM NAIM.die suke makan spagetti (haha bajet itali) aku suke makan karipap.aku suka perempuan pakai tudung,die jenis tak kisah.so mudah cakap aku dengan die mmg tak sebulu.


tapi part melaram,kite mmg satu prinsip.main bola kene hensem.bia kalah 10-o,tapi jangan rambut macam musang.biar lompat ketiak terbukak luas,asal bau deodorant kuat.


tu yang aku sipi2 nak ambil deodorant cap nivea itu hari.kalau tak kenang kan el classico lagi 2 minggu,memang pasni lalu syari' jamiah orang boleh mintak autograf.










pernah aku nak mintak brader kedai potong rambut style ular,macam c.ronaldo.tapi nak cakap dalam arab 'zai hayy' macam pelik sangat pulak.

Friday, November 6, 2009

the first step is the hardest step

kehadapan team mate X FC (masih belum ditentukan) ku yang dihormati.

perlawanan pembukaan PSL harini banyak mengajar kita bukan?ya,kita semua telah diayam dan disembelih 3-0 oleh team warung ust din selamat.kita sama kucar kacir di tengah padang,depan padang hingga ke bahagian belakang gol.

janganlah kita menyalahkan sesiapa kerana team itu ibarat henfon sony ericsson yang rosak keypadnya,rosak satu key maka temperlah empunyanya.

apa yang penting,kita cuba sedaya upaya,cuba mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan kawan2 kita yang sama2 berusaha dan mengalirkan peluh demi maruah team X.


rome was not build in one day.sape tahu team kita boleh pergi jauh,cuma permulaan yang buruk tak semestinya akan menentukan course keseluruhan PSL ni.pastikan kita cuba yang terbaik dan baiki kelemahan masing2.



cuma yang paling utama dan terutama,niat kita join PSL ni kerana apa?




pastikan anda yang tak in wavelength dengan entri kali ni melayari web PSL di http://permaisuperleague.blogspot.com/

Saturday, October 31, 2009

bitter tart still in demand



warga irbid mungkin dah tengok filem ni.tapi untuk peminat2 edward cullen khususnya ataupun twilight series am nya,jangan ketinggalan menonton kemunculan cameo mar cullen (adek sedara edward cullen) dalam bitter.tart ni.

Friday, October 23, 2009

tingkat berapa

kalau korang yang dah mula klinikal,gerenti akan menikmati kehidupan di KAUH.yang dikatakan antara hospital terhebat di jordan.sebenarnya mmg hebat,hospital klang tu macam ketinggalan adelah dalam 4 5 tahun.



so kehidupan di KAUH agak perit.kebanyakan rotations memerlukan korang tiba pada pukul 8.15am.means bertolak dari irbid dalam pukul 7.30.means kene keluar rumah pukul 7.15 atau lebih kurang.


doktor2 KAUH pun kebanyakannya agak strict berbanding dengan doktor2 hospital lain.sebab mungkin nak jaga standed JUST,KAUH dan Jordan umumnya.


dekat KAUH ni kalau tak naik lif alamatnya pengsan la.esp kalau nak ke CCU,tingkat atas2.nak turun pun rase, "bile nak sampai GF ni hah??"



ade satu kali,lepas exam ortho.aku dengan pening2 ayam,cepat2 masuk lif.penuh tak penuh jugak la.ada makcik2 kampung,ada budak2 4th yang baru habis amek history (agaknya) , budak2 6th year baru habis xm OnG.semua nak cepat2 turun.



so out of the blue makcik2 badwi tu macam tanye kat brader tepi pintu lif.

'Aku nak pergi department 'SUKKARI' (diabetes).kat mane ye?'


semua diam.penat kot.nak cepat balik rumah pun mungkin.



tetiba ade seorang budak yang amat berbudi bahasa menjawab soalan makcik tersebut dengan sopan, 'tingkat S makcik'.




aku tergelak sampai tingkat GF.





tafsiran ; sepatutnya makcik tersebut pergi ke tingkat 6 7 atau 8 (aku pun dah xpasti haha).sebab kat situ la deparment internal medicine untuk pt diabetes.

tingkat S pula adalah untuk tingkat Services,macam katil2,selimut2,bantal2,makanan2, dan entah sebab aku pun tak pernah lepak2 situ.

budak tu pun bantai tingkat S sebab department Sukkari agaknya.ciss